#3jemahsightseeing

Well halo hai assalamualaikum

So my diploma has ended 1 month ago yuhuhuuuu! ok jap kita throwback sikit gambar last paper ritu hihih
"eh cepat cepat baling kertassssss!" depan dewan pun jadi en? kita kan memang cemtu. sebolehnya  nak rasa eksaited lebih padahal a week after hbs exam ada program lain dekat tapah. ala baru nak rasa sedih eh jap hold dulu sedih tu ok?

plan nak pergi somewhere yang boleh jenjalan macam cuci cuci mata sikit dan akhirnya pilih melaka. yayyy!!  ramai tanya WHY MELAKA??? cam nak toreh dagu dorang

Reasons

  • since this is our first trip jenjalan yang luar daripada negeri perak/kl, so better ambik yang dekat dulu kan? nanti kalau first trip dah pegi korea tak ke mati kau? hahaha (tak aku over je lebih ni)
  • one of my friend ada rumah dekat melaka, so mak dia suruh stay sana je for one night. jap bukan tempat tinggal je tau, MAKAN tengahari, breakfast pun mak dia offer. tak ke cam kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan? hahaha jimat duit satu hal, jimat masa pun dua hal gak. tak yah nak survey motel ke hotel ke homestay ke yang kau tak tahu surrounding dia cemana.
  • last pergi melaka sekolah men haritu. lagipun pergi dengan family. rasa pergi jenjalan dengan family and kawan lain tau.
  • eh yg last reason ni, tak leh gitahu ah nanti sazzy marah hahahahhahaha

so we went melaka for just only 2days. sabtu and ahad. 2 hari tu pun cam ok sangat. satu hari kiteorang dah jalan beberapa km. aku peluh dah tak kisah dah lantak kau lah peluh bila lagi nak muncul en sebab sebelumni malas exercise hahaha

Sabtu

biasalah acah plan nak gerak pagi en. kata saz nak gerak right after subuh tak pelah aku perati je boleh ke pompuan ni nak gerak lepas subuh. eh perangai acah acah kau dekat tapah aku pegang lagi tau. acah acah nak bangun awal p sesuatu tempat end up lambat. oh before that, aku from kl dengan sazzy pergi melaka and jumpa fatin dekat rumah dia. bertiga je huhuhhu. nak berempat tak boleh sebab sorg lagi tu sibuk berbisnes(aku nak gak mention sini khai padan muka kau. moga kau terasa yg aku still berdendam dgn kau until now!)

so akhirnya gerak lambat gak,sampai dah dalam pukul 11/12 cemtu. terus gerak rumah atin, makan lunch dan sesiap pastu terus pergi klebang ahhhhh eksaited nya nak p klebang. nak rasa coconut shake yg depa kata sedap sgt tu aih!!

hi yang kiri tu sazzy yang tengah tu atin. 

by far, aku rasa coconut shake ni so so lah dia cam mual sikit, for me lah. kau sabaar lah jgn kecam. tekak aku mmg lain sikit ok? rasanya coconut shake kl lagi sedap kort? hahahah

dekat klebang je aku dah peluh satu baju tahuk. redha je kasut dah masuk pasiaq hm cemana org dok padang pasir tu ekh? so next destination was banda hilir melaka. kita pakai konsep biar gambar berbicara boleh tak



 panjat naik afamosa tu macam daki batu caves. banyak nau tangganya. tercungap cungap tu memang pastilah lelagi untuk org cam aku ni banyak lemak. alhamdullillah berat dah turun. 30 kg. new achievement unlocked gais!!
the one who captured our photo masa tu cam tourist so aku pun bajet ah speaking ckp tq and tanya dia dari mana. pastu eh dia cakap "actually i am from malaysia. i bring my friend from canada here..." whutzz?

meet these two little jemah.
naik river cruise fun! serious, dapat angin free leh keringkan peluhkuuu and pemandangan kiri kanan ok lah cantik ada building lelawa tapi tak lawanya kena bau air river tu yang.... hehhe wangi


ok gambar dua diatas ni nightmare gila. sazzy ajak pegi funfair oh okay lah aku ok je tapi nak naik benda alah yang ada situ yang pusing pusing ke apa a BIG no lah kan. paling tak suka naik pirate ship sebab pernah naik sebelum ni dan aku pernah rasa cemana rasa pening nak muntah! sepanjang naik aku jerit jela apa lg mampu buat. jerit dekat abg tu suruh stop pun tak dilayan. aku berdendam dengan sazzy sebab dia yg paksa suruh naik. paling tak boleh blah sazzy tu boleh lak dia angkat tgn acah naik roller coaster. the heck kau naik pirate ship je kot.

Ahad

pukul 11 nak gerak pergi sky tower, the shore melaka. tempat ni ok lah sebab nampak pemandangan satu melaka. still new and entrance fee rm18 per head. bole duduk dalam tu selama mana kau nak. tapi dia ada area yang kau bebetul kau pijak kaca and bawah tu serious nampak bangunan je. area tu boleh masuk tapi tak boleh amik gambar. kalau nak guna camera depa bayar lagi rm45, ok? leh kenyang untuk seminggu duit tu ye hahah baik takyah!







ada teka teki, cuba teka siapa amek gambar kami bertiga dekat sky tower? tetttttt

ok itu je kot dah tak reti dah nak cakap apa haha and sorry pada yang menyampah sebab banyak sangat gambar. kasi chance ah akak lepas geram lama tak berblog,maka kita sudahi dengan 30 saat video okay


*sorry for the bad video quality sbb video ni telah di-compress file sizenya jadi kecik agar compatible dengan blog yang makan masa agak lama untuk upload a high video quality :)